Juhaidah Joemin

Juhaidah Joemin ialah seorang juruanimasi dan ahli perniagaan Malaysia. Beliau ialah pengasas bersama dan pengarah urusan studio animasi Giggle Garage yang beroperasi di Cyberjaya, Selangor.[1]Dilahirkan di Kota Belud, Sabah, Juhaidah menunjukkan minatnya yang mendalam terhadap kartun animasi sejak dari kecil. Beliau merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Filem dan Animasi di Universiti Multimedia (MMU), Cyberjaya.[2][3] Daripada kumpulan pertama 30 graduan MMU, Juhaidah menyertai jabatan kreatif di Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).[1] Beliau ialah salah seorang individu yang terlibat dalam pembikinan Saladin: The Animated Series, yang merupakan penerbitan bersama antara MDEC dan Saluran Kanak-Kanak Al-Jazeera (kini Jeem TV).[1]Selepas hampir sedekad menubuhkan asas untuk industri animasi di MDEC, beliau menubuhkan studio Giggle Garage bersama 3 kakitangan lain pada November 2010, iaitu selepas 10 tahun beliau menamatkan pengajian.[1][3] Studio ini diterajui oleh Juhaidah bersama suaminya, Zeno Gabing dengan kakitangan seramai 70 orang yang memainkan peranan masing-masing dalam penerbitan kandungan kreatif.[3]Beliau telah dicalonkan untuk The Malaysian Women’s Weekly’s Great Women Of Our Time 2013 dalam industri Seni & Media. Beliau juga dianugerahkan Ikon Usahawan Wanita (Digital) di Konvensyen Usahawan Wanita sempena Minggu Usahawan Nasional 2019.[4]